comscore
Tumpuan :
Dunia

Penembak tepat Zionis bunuh ibu dan anak di gereja Gaza

GAZA: Letupan besar menggegarkan daerah Geneina, di Rafah selain laporan serangan tentera rejim ke atas 3 kediaman penduduk di wilayah itu.

Media Al Jazeera melaporkan, selain penduduk maut, 50 yang lain turut cedera dalam bedilan tentera Israel.

Turut jadi sasaran beberapa daerah di Khan Younis termasuk Ma’an, Bani Suheila

Pasukan paramedik dihalang daripada merawat mangsa yang cedera malah pekerja kesihatan juga ditahan tentera rejim

Terdahulu terdapat laporan tindakan kejam penembak tepat tentera rejim yang membunuh seorang ibu bersama anaknya di sebuah gereja di Gaza.

Insden menyebabkan penduduk panik dan terperangkap di gereja terbabit

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan Kem Pelarian Nur Shams dibedil pesawat tentera rejim di daerah Tulkarem

Serbuan di wilayah itu juga menyaksikan sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin terbunuh. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini