comscore
Tumpuan :
Dunia

Penerbangan dibatalkan susulan mogok pekerja Lapangan Terbang Dusseldorf 

Foto: Lapangan Terbang Dusseldorf

BERLIN:  Puluhan penerbangan di Lapangan Terbang Dusseldorf, Jerman dibatalkan hari ini berikutan mogok terbaharu oleh petugas lapangan terbang.

Mogok bermula pada 3.30 pagi waktu tempatan (0230GMT) dan dijangka berlarutan sehingga awal pagi Sabtu (2330GMT Jumaat), menurut kenyataan kesatuan sekerja ver.di, lapor Agensi Anadolu.

Pengendali lapangan terbang menasihatkan penumpang menyemak status terkini jadual penerbangan secara dalam talian sebelum ke lapangan terbang.

Kesatuan sekerja ver.di yang mewakili pekerja bagasi dan pengendali pesawat Aviapartner berkata syarikat itu enggan merundingkan mengenai perjanjian kolektif, pelan sosial dan bayaran pemecatan untuk ahlinya.

“Pekerja telah bertungkus lumus dan bekerja dengan berdepan situasi sukar selama beberapa dekad dan membantu syarikat membuat keuntungan.”

“Sekarang syarikat enggan membayar pampasan, pekerja perlu memohon pekerjaan yang sama di lapangan terbang yang sama dengan upah yang lebih rendah dan hanya diberikan status kontrak sementara. Pekerja membantah perkara ini,” kata perunding ver.di, Marvin Reschinsky dalam satu kenyataan.

Kira-kira 700 pekerja berisiko hilang pekerjaan memandangkan Kementerian Pengangkutan North Rhine-Westphalia akan menamatkan kontraknya dengan Aviapartner pada April.  – BERNAMA

Loading...
Terkini