comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengantin dihadiahkan ladang kelapa sawit dan Pajero Sport  

 

JAKARTA: Dihadiahkan kenderaan Mitsubishi Pajero Sport dan satu hektar ladang kelapa sawit!

Sepasang pengantin Indonesia mendapat perhatian netizen apabila menerima hadiah mewah itu pada hari bahagia mereka.

Kisah mereka dimuat naik di akaun TikTok @nyimaslisaoktariani.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, raja sehari terbabit yang berpakaian serba putih dilihat berdiri di hadapan pintu masuk dewan perkahwinan, dengan terdapat Pajero Sport berwarna hitam berhias reben sebagai hadiah.

Bukan itu sahaja, geran ladang kelapa sawit seluas satu hektar turut diletakkan dalam bingkai berhias dan diserah kepada pengantin.

Dika atau nama penuhnya, Kemas Andika ketika dihubungi portal Walipop mengesahkan, dia dan isterinya, Angesty Prawidyasari menerima hadiah sebuah kenderaan pemberian nenek Angesty, manakala ladang sawit daripada bapa saudaranya.

“Nenek isteri, Iyoh Murtasiati iaitu pemilik PO Tali Jaya Cilegon menghadiahkan Pajero Sport.

“Ia tradisi nenek yang akan memberi hadiah kepada cucunya apabila mereka berkahwin, manakala ladang itu pemberian pakcik yang selari mas kahwin kami,” katanya.

Harapannya agar hadiah perkahwinan itu menjadi simbolik yang membuka pintu rezeki buat mereka.Akuinya, mereka terkejut dan terharu menerima hadiah berkenaan yang akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Sudah tentu ini tanda kasih sayang keluarga kepada kami,” katanya yang bernikat dengan Angesty di The Royale Krakatau Cilegon, Banten pada 13 Januari lalu mengikut adat Sunda, sebelum resepsi mereka dilangsungkan dalam adat Palembang.

Loading...
Terkini