comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengawasan di pintu masuk Mumbai susulan kes demam campak.

Foto AFP

INDIA: Mumbai mula menjalankan kempen pengawasan pintu ke pintu di pinggir timur laut bandar itu susulan 84 kes deman campak dilaporkan dalam tempoh dua bulan lalu.

Tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam pada Oktober.

Kementerian kesihatan persekutuan India telah mengarahkan pasukan tiga anggota untuk mengesan lonjakan kes dan membantu pihak berkuasa kesihatan negeri untuk merangka langkah-langkah kesihatan awam dan pembendungan.

India menetapkan matlamat untuk menghapuskan campak menjelang 2023 dan menubuhkan pasukan petugas di setiap daerah untuk mencapai lebih 95 peratus vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak yang layak.

Pihak berkuasa kesihatan India menetapkan vaksinasi menerusi program imunisasi pada usia 9-12 bulan dan dos kedua pada usia 16-24 bulan.

Loading...
Terkini