comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengendali kasino Australia didenda hampir RM370 juta dakwaan salah laku

Foto – REUTERS

VICTORIA – Pengendali kasino Crown Resorts telah didenda AS$77.3 juta bersamaan RM366.8 juta atas dakwaan salah laku ke atas pelanggan mereka.

Laporan pelanggaran yang dilakukan syarikat berkenaan diperoleh oleh syarikat ekuiti Blackstone Inc.

Perbuatan Crown Resorts dipercayai satu tindakan yang berterusan, sistemik dan sangat serius.

Antara kesalahan itu termasuk kegagalan mencegah pengunjung berjudi lebih 12 jam atau lebih tanpa pemerhatian, manakala ada juga yang berjudi berterusan untuk tempoh 24 jam.

Syarikat itu juga didakwa turut membenarkan sejumlah besar pelanggan yang mempunyai masalah ketagihan berjudi, tidak dipantau.

Loading...
Terkini