comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengorbanan kakak, jaga adik sambil belajar dalam kelas 

Tangkap layar video Green tekun menulis di buku latihannya di dalam kelas sambil menyusukan adiknya. FOTO: Agensi

BANGKOK: Video tular di media sosial memaparkan seorang murid perempuan tahun lima sedang belajar di dalam kelas sambil meriba adiknya yang sedang menyusu botol, meruntun jiwa jutaan penduduk Thailand.

Portal The Thaiger melaporkan ketabahan murid berkenaan yang mampu mengimbangi tuntutan melunaskan tugas semasa belajar di sekolah sambil mengasuh adiknya.

Klip berdurasi 20 saat itu yang kini tular, memaparkan seorang murid digelar Green sedang tekun menulis pada buku latihannya dengan tangan kanan, sambil meriba adik perempuannya yang berusia setahun di lengan kirinya.

Bayi kecil comel itu kelihatan sedang menyusu dari botol susunya dan merenung kakaknya dengan kagum.

Adegan yang menyentuh hati berlaku di Sekolah Ban Klong Kaem Cham dirakam seorang guru, sebelum disiarkan di TikTok @Yingggzz.

“Dia adalah kakak sulung dalam keluarganya. Mamanya sibuk menjalankan tugas. Ini lebih baik daripada ponteng sekolah untuk jaga adik kan?

“Saya tidak pasti perasaan guru lain, tetapi saya selalu beritahu pelajar saya supaya tidak ponteng kelas… dan dia benar-benar melakukannya.

“Nasib baik adik kecilnya itu tak nakal di kelas,” kata guru itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini