WASHINGTON: Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Niger “selesai,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai Pentagon pada Isnin.
“Proses ini bermula pada 19 Mei berikutan syarat-syarat pengunduran yang dipersetujui bersama.
“Kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara Amerika Syarikat dan angkatan bersenjata Niger memastikan pengunduran ini dilakukan dengan selamat, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang kerumitan, seperti yang dipersetujui pada 15 Sept 2024,” kata Timbalan Setiausaha Akhbar Sabrina Singh kepada pemberita.
Singh berkata kini hanya kehadiran kedutaan di negara Afrika Barat itu.
Pada Mac lalu, Niger membatalkan perjanjian ketenteraan lama dengan AS, mengisytiharkan kehadiran semua tentera dan kontraktor AS sebagai “tidak sah.”
Beberapa bulan kemudian, pegawai dari kedua-dua negara dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa pengunduran hampir 1,000 anggota tentera AS dari negara itu akan selesai pada pertengahan September.
Sebelum ini, Pentagon menjelaskan bahawa pengunduran tentera AS dari Niger tidak menjejaskan kesinambungan hubungan pembangunan AS-Niger.
AS dan Niger komited untuk meneruskan dialog diplomatik bagi menentukan masa depan hubungan dua hala mereka. – BERNAMA-ANADOLU
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.