comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Penjenayah diperlekeh orang ramai, batal niat merompak

AMERIKA SYARIKAT: Cubaan seorang lelaki kulit hitam untuk merompak gagal, apabila pengunjung salun kecantikan di Atlanta, Georgia langsung tidak mengendahkan gertakannya.

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menyaksikan suspek menerpa masuk ke premis berkenaan sambil menjerit dan mengarahkan kesemua mereka untuk menyerahkan wang.

Dia dalam pada itu turut dilihat seolah-olah mengacukan senjata yang disorok di dalam beg.

Kesemua pengunjung dilihat ragu-ragu lelaki berkenaan mempunyai sebarang senjata dan hanya memandang lelaki itu tanpa mengendahkannya.

Suspek yang kemudian terpinga-pinga cuma mengambil sebuah telefon bimbit sebelum akhirnya beredar dari situ dengan kereta sedan berwarna perak.

Pihak berkuasa dalam pada itu mengeluarkan ganjaran A$2,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.

Loading...
Terkini