comscore
Tumpuan :
Dunia

Penjual kambing ditahan, kerat isteri & jual cebisan daging mangsa kepada jiran

JAKARTA: Seorang penjual kambing ditahan di Indonesia, selepas mengerat isterinya kepada beberapa bahagian.

Kejadian berlaku di Kampung Cisontrol, Jawa Barat, semalam.

Menurut media tempatan, lelaki itu membawa daging isterinya di dalam bekas sebelum menawarkan jualan daging itu kepada jiran.

Penduduk tempatan ketakutan apabila melihat suspek membawa pisau yang digunakan untuk membunuh isterinya itu.

Jurucakap polis tempatan, Akmal mengesahkan, pihaknya menahan suspek selepas penduduk membuat laporan.

Katanya, suspek melakukan pembunuhan terhadap isterinya dengan mengerat beberapa bahagian badan mangsa.

“Mangsa dikelar pada kedua-dua belah tangan dan kaki, dengan keadaan badan dan kepala masih bercantum.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Ciamis selepas agresif semasa ditangkap.

“ Suspek dalam keadaan terkejut dan mentalnya tidak stabil, malah kita juga merampas pisau yang digunakan membunuh mangsa,” katanya.

Katanya, mayat dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk bedah siasat.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini