comscore
Tumpuan :
Dunia

Penumpang dari KL seludup jongkong emas ditahan

Foto hiasan

NEW DELHI: Pihak berkuasa India merampas jongkong emas bernilai hampir 890,000 rupee (kira-kira RM49,891) yang disorok di dalam bekas produk coklat daripada seorang penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur di lapangan terbang di Tamil Nadu.

Suspek ditahan di Lapangan Terbang Tiruchirappalli, Isnin lalu.

Jongkong emas 24K seberat 149 gram itu ditemui oleh Unit Perisikan Udara India, lapor The Economic Times pada Rabu.

Jurucakap kastam India berkata, jongkong emas itu diekstrak daripada serbuk emas dan kemudian disembunyikan di dalam bekas berkenaan.

Susulan itu, suspek ditahan oleh pegawai tempatan dan disiasat mengikut Akta Kastam.- AGENSI

Loading...
Terkini