comscore
Tumpuan :
Dunia

Penunjuk perasaan antikerajaan merusuh dengan polis di Tel Aviv

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Penunjuk perasaan merusuh dengan polis rejim dalam protes antikerajaan yang diadakan di Tel Aviv.

Polis rejim bertindak balas dengan melepaskan semburan air bagi menghalang kemaraan penunjuk perasaan.

Mereka yang hadir mendesak Pemimpin rejim, Benjamin Netanyahu meletak jawatan serta menuntut pilihan raya baharu diadakan.

FOTO: Reuters

Turut digesa gencatan senjata segera bagi tujuan pembebasan tahanan Yahudi di Gaza

Ketika ini terdapat kira-kira 125 individu masih berada dalam tahanan Hamas di Gaza

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu juga telah meragut lebih 280 nyawa tentera rejim – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini