comscore
Tumpuan :
Dunia

Penunjuk perasaan cetus kebakaran di seluruh Perancis

FOTO: REUTERS

PARIS: Beberapa kebakaran kecil tercetus di seluruh Paris setelah penunjuk perasaan bertindak membakar sampah sebagai tanda bantahan terhadap perancangan Presiden Emmanuel Macron untuk menaikkan umur persaraan.

Masuk hari kesembilan tunjuk perasaan itu, perkhidmatan kereta api dan udara turut tergendala.

Turut berang dengan situasi ini, dengan bertindak meletak jawatan adalah guru, setelah kerajaan menaikkan had umur persaraan sebanyak dua tahun kepada 64 tahun.

 

Sesi demonstrasi di tengah-tengah ibu kota Paris dilaporkan berlangsung aman namun sebahagian kumpulan kecil berhaluan kiri ‘Black Bloc’ bertindak melakukan vandalisme seperti memecahkan tingkap, merosakkan perabot jalanan dan menceroboh restoran Mc Donald’s.

Kekecohan mula tercetus apabila polis rusuhan memulakan operasi dan bertindak mengusir anggota pelampau dengan gas pemedih mata dan bom tangan.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin memaklumkan 123 anggota polis cedera dengan 80 individu telah ditahan di seluruh negara.

Kesatuan Buruh khuatir situasi ini akan lebih meruncing sekiranya kerajaan tidak mempedulikan kemarahan rakyat.

Loading...
Terkini