SEOUL: Ratusan penunjuk perasaan dari Korea Selatan yang menuntut pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol merusuh dengan polis pada Khamis (12 Disember) ketika mereka cuba merempuh halangan dan sampai ke kediaman rasmi presiden yang sedang dilanda krisis di ibu kota Seoul.
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya Ahli Kesatuan Pekerja tempatan, menyerbu garisan polis di tengah jalan utama kota sekitar jam 5:30 petang waktu tempatan (0830 GMT).
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Kwak Kyoung-sun, tindakan mereka adalah sebagai respon terhadap ucapan Yoon pada pagi Khamis, di mana beliau berikrar untuk “berjuang terus” dan berhadapan dengan lawan politiknya, sementara pihak berkuasa menyiasat pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal selepas diumumkan oleh presiden minggu lalu.
Penunjuk perasaan akhirnya berjaya melepasi ratusan polis dan menduduki jalan utama yang tidak jauh dari kediaman rasmi Yoon, menyebabkan gangguan lalu lintas .
Yoon berdepan dengan undian pemecatan kedua di parlimen yang dijangka pada hari Sabtu (14 Disember), seminggu selepas undian pertama gagal kerana kebanyakan parti pemerintah memboikot undian tersebut. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.