comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Penunjuk perasaan penduduk haram Israel buang bantuan kemanusiaan Gaza

 


TEBING BARAT: Sekumpulan penunjuk perasaan penduduk haram Israel bertindak kejam apabila memunggah dan membuang bekalan kemanusiaan daripada trak bantuan yang menuju ke Gaza.

Terdahulu kumpulan penunjuk perasaan ini menyekat trak bantuan berkenaan di pusat pemeriksaan Tarqumiya, barat Hebron di Tebing Barat.

Seakan hilang nilai manusiawi dengan hinanya turut menaburkan bungkusan makanan di jalanan bagi menghalang bantuan itu daripada dinikmati penduduk Palestin yang sehingga kini berdepan krisis kebuluran susulan kekejaman berterusan rejim zionis.

Ia didakwa siri protes terbaharu ketika Israel berikrar membenarkan bekalan kemanusiaan tanpa sebarang gangguan masuk ke Gaza.

Susulan itu, empat penunjuk perasaan termasuk seorang di bawah umur telah ditahan bagi siasatan lanjut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini