comscore
Tumpuan :
Dunia

Penyelamat bergelut di Turkiye, Syria selepas gempa bumi mengorbankan 3,400 mangsa

Foto AP

ADANA: Penyelamat di Turkiye dan Syria meneruskan pencarian sepanjang malam dalam cuaca sejuk semalam, dalam usaha menarik keluar lebih ramai mangsa yang terselamat dari runtuhan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud.

Gempa bumi itu mengorbankan lebih 3,400 orang dan meruntuhkan ribuan bangunan di seluruh wilayah yang luas.

Pihak berkuasa bimbang jumlah kematian akan terus meningkat akibat gempa bumi dan gegaran susulan ketika pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat di antara runtuhan besi dan konkrit.

Mangsa yang terselamat menjerit meminta bantuan dari runtuhan pergunungan ketika responden pertama bergelut dengan hujan dan salji.

Aktiviti seismik terus menggegarkan rantau berkenaan, termasuk satu lagi gegaran yang sama kuat dengan gempa awal.

Pekerja berhati-hati menarik kepingan konkrit bagi mengeluarkan mayat ketika ahli keluarga menunggu berita mengenai orang tersayang.

Puluhan ribu kehilangan tempat tinggal di Turkiye dan Syria selain berdepan malam yang dingin.

Di bandar Gaziantep di Turkiye, kira-kira 33 kilometer (20 batu) dari pusat gempa, orang ramai berlindung di pusat beli-belah, stadium, masjid dan pusat komuniti.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh tujuh hari berkabung.

Gempa yang berpusat di wilayah tenggara Turkiye, Kahramanmaras, menyebabkan penduduk Damsyik dan Beirut bergegas ke jalan dan turut dirasai sejauh Kaherah. – AP

Loading...
Terkini