comscore
Tumpuan :
Dunia

Penyokong Imran Khan adakan protes di seluruh negara

FOTO: REUTERS

ISLAMABAD, Pakistan: Penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan mengadakan protes di seluruh negara susulan cubaan membunuh ketika beliau sedang berkempen pada 3 November lalu bagi mendesak pilihan raya umum diadakan lebih awal .

Ramai yang hadir menyekat laluan dan membakar bahan buangan di jalan raya di bandar-bandar utama, antaranya Peshawar dan Karachi.

Lahore pula menyaksikan 10 lokasi panas dengan penunjuk perasaan membakar tayar bagi menghalang laluan selain bertempur dengan polis.

Turut menjadi sasaran pejabat Gabenor Wilayah Punjab. Penunjuk perasaan merosakan kamera keselamatan dan penghadang jalan.

Penyokong Khan berikrar akan terus mara dengan protes yang dijadualkan berlangsung di Islamabad.

Dalam pada itu, parti politik pimpinan Khan, PTI melalui jurucakapnya mendesak agar perubahan politik dilakukan di negara itu.

Loading...
Terkini