KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memecat Menteri Pertahanan, Oleksii Reznikov, dengan menyatakan alasan kementerian itu memerlukan “pendekatan baharu” dalam berhadapan perang dengan Rusia yang memasuki bulan ke-19.
Menurut Zelensky, Parlimen akan diminta untuk membuat satu keputusan peribadi dan beliau memutuskan untuk menggantikan Menteri Pertahanan Ukraine.
Ujarnya, Oleksii Reznikov telah melalui lebih daripada 550 hari perang berskala penuh.
Zelensky dalam masa sama mencalonkan Rustem Umerov, bekas wakil rakyat Ukraine, sebagai Menteri Pertahanan baharu.
CNN melaporkan konteks utama penggantian Reznikov berlaku selepas beberapa skandal rasuah yang melibatkan Kementerian Pertahanan negara itu.
Meskipun Reznikov tidak terlibat dalam mana-mana daripadanya, skandal-skandal berkenaan masih dilihat merosakkan reputasinya.
Zelensky telah menyatakan bahawa membasmi rasuah di seluruh kerajaan Ukraine adalah penting bagi peluang Kyiv untuk menjadi anggota Pertubuhah Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) yang dinantikan negara itu sejak sekian lama.