comscore
Tumpuan :
Dunia

Perdana Menteri Jordan letak jawatan

FOTO: Reuters

AMMAN: Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh meletak jawatan hari ini.

Keputusan pengunduran Bisher itu diambil tidak sampai seminggu pilihan raya parlimen diadakan yang menyaksikan kelebihan berpihak kepada kumpulan pembangkang-Islam.

Pegawai yang enggan dinamakan memberitahu REUTERS, bekas Menteri Perancangan, Jaafar Hassan yang berpendidikan Amerika Syarikat (AS), dan kini ketua di Pejabat Raja Abdullah dijangka menggantikan Bisher dalam pentadbiran kerajaan yang bersekutu dengan AS itu.

Bisher ialah seorang veteran diplomat dan bekas penasihat istana yang dilantik hampir empat tahun lalu.

Jaafar akan menghadapi cabaran untuk mengurangkan kesan perang Gaza ke atas ekonomi kerajaan yang terjejas teruk oleh sekatan pelaburan dan penurunan mendadak dalam pelancongan.

Bisher berusaha untuk melakukan pembaharuan yang didorong oleh Raja Abdullah bagi membantu memulihkan sedekad pertumbuhan lembap yang berlegar sekitar dua peratus yang diburukkan oleh wabak dan konflik di negara jiran Iraq dan Syria.

Pembangkang Ikhwanul Muslimin dan sekutu ideologi kumpulan penentang Palestin, Hamas, memperoleh kelebihan besar pada pilihan raya Selasa lalu, yang dirangsang oleh kemarahan terhadap perang Israel di Gaza.

Komposisi baharu 138 ahli parlimen mengekalkan majoriti pro-kerajaan, tetapi pembangkang Islam yang lebih lantang boleh mencabar pembaharuan pasaran bebas dan dasar luar yang diketuai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini