comscore
Tumpuan :
Dunia

Pereka fesyen Paco Rabanne meninggal dunia pada usia 88 tahun

ISTANBUL: Pereka fesyen Sepanyol Paco Rabanne meninggal dunia pada Jumaat di usia 88 tahun, lapor Agensi Anadolu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Puig, syarikat induk jenama Rabanne dalam satu kenyataan.

Rabanne dilahirkan pada 18 Februari 1934 di bandar Pasajes, Sepanyol dan menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Perancis.

Pereka fesyen popular itu melakar kejayaan hebat dalam industri fesyen dan minyak wangi, terutamanya di Perancis. – BERNAMA

Loading...
Terkini