comscore
Tumpuan :
Dunia

Perkhidmatan Hospital Gaza mungkin terhenti akibat kekurangan bahan api

FOTO: Reuters

GAZA: Hospital Indonesia dan Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza memberi amaran pada Isnin bahawa perkhidmatan mereka akan terhenti kerana bahan api yang diperlukan untuk operasi mereka semakin berkurangan berikutan pengepungan dan pengeboman berterusan Israel dan sekatan kemasukan bahan api.

Pengarah Hospital Indonesia, Marwan Sultan berkata unit rawatan rapi hospital itu sudah mencapai kapasiti maksimum dan dipenuhi pesakit kes kritikal selain kehadiran 10 pesakit yang bergantung kepada pengalih udara.

Beliau berkata bilik bedah beroperasi sepanjang masa tanpa henti, tetapi dia memberi amaran bahawa hospital itu menghadapi kekurangan bahan api yang serius dan perkhidmatan perubatan akan dihentikan sepenuhnya jika Israel terus menghalang kemasukan bahan api.

Hospital Kamal Adwan juga memberi amaran bahawa ia akan menghentikan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam kerana kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.

Hospital itu berkata dalam satu kenyataan ringkas, keadaan ini menimbulkan ancaman besar kepada nyawa ramai pesakit dan mereka yang cedera dan menerima rawatan di hospital.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini