NEW YORK: Status permohonan Palestin untuk menjadi anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB masih menjadi tanda tanya.
Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-78, Dennis Francis memaklumkan ketika ini permohonan Palestin sedang disemak dan diselia dengan teliti mengikut setiap prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Jelas beliau, setakat ini keputusan yang diperoleh hasil undian dalam kalangan ahli anggota masih menunggu keputusan daripada Majlis Keselamatan dan harapan untuk melihat kelulusan permohonan itu masih ada.
Menurut Piagam PBB, sebarang permohonan keanggotaan baharu oleh mana-mana negara perlu diluluskan di peringkat Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan.
Pada 10 Mei lalu, Sidang Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB ke-10 menerima resolusi permohonan keanggotaan tetap Palestin dengan 143 anggota undi bersetuju manakala sembilan lagi tidak bersetuju termasuk Amerika Syarikat dan Israel, manakala 25 lagi tidak mengundi. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.