comscore
Tumpuan :
Dunia

Permohonan Palestin jadi anggota penuh Majlis Keselamatan PBB diketahui esok

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi esok mengenai permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh, menurut beberapa sumber diplomatik.

Algeria, salah satu anggota Majlis Keselamatan dilaporkan telah mengedarkan draf resolusi semalam.

Namun, resolusi itu dijangka sukar untuk mendapat sokongan penuh apabila Palestin diragui telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Selain permohonan Palestin itu perlu diluluskan Majlis Keselamatan yang mana sekutu Israel, Amerika Syarikat boleh menghalangnya, mereka kemudiannya perlu mendapat undian sekurang-kurangnya dua per tiga Perhimpunan Agung.

Di tengah-tengah serangan Israel di Gaza, rakyat Palestin pada awal bulan ini membangkitkan semula permohonan keanggotaan yang pertama kali dibuat kepada badan dunia itu pada 2011, walaupun Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa veto menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini