
GAZA: Peningkatan jumlah perpindahan penduduk dari utara ke selatan Gaza menyebabkan kekurangan bekalan keperluan dan penginapan.
Di Khan Younis, kebanyakan penduduk terpaksa duduk di dalam khemah selepas pusat evakuasi dan penginapan penuh.

Menurut Pihak Berkuasa Khan Younis bandar dengan populasi 500,000 penduduk, mereka menerima kedatangan lebih sejuta penduduk dari wilayah utara Gaza.

Susulan krisis bekalan keperluan dan jumlah penduduk yang tinggi Pihak Berkuasa kini hanya mampu membekalkan air sekali dalam tempoh lima hari.
Peniaga yang ditemui juga berharap agar pelabuhan pintu masuk lain dapat dibuka bagi membenarkan kemasukan barangan keperluan mereka. – REUTERS