comscore
Tumpuan :
Dunia

Perpres ‘Publishers Rights’ bukan untuk kurangi kebebasan wartawan – Jokowi

Oleh: Kamaruddin Mape

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan beliau telah meluluskan Peraturan Presiden (Perpres) mengenai Hakcipta Penerbit (Publishers Rights).

Jelas beliau, Perpres ini sama sekali bukan untuk mengurangi kebebasan wartawan, tetapi ia lahir dari keinginan dan inisiatif  pihak media itu sendiri.

Presiden Jokowi berucap ketika merasmikan Hari Pers Nasional (Hari Wartawan Nasional) Indonesia di Ancol, Jakarta, hari ini.

Menerusi Perpres Hakcipta Penerbit, ia antara lain tidak mewajibkan platform digital memberi wang kepada syarikat media, tetapi lebih kepada untuk bekerjasama atau berunding dalam perniagaan.

“Kita harus pertimbangkan apa implikasinya. Setelah titik persamaan dicapai, ditambah pula desakan daripada Dewan Pers, akhirnya saya kelmarin menandatangani perpres berkenaan,” ujar Jokowi.

Kerajaan katanya tidak mengawal kandungan media, tetapi mengatur hubungan perniagaan antara syarikat media dan platform digital dengan semangat untuk meningkatkan kewartawanan berkualiti.

Dalam pada itu, Presiden Jokowi mengucapkan selamat Hari Pers Nasional 2024 kepada wartawan seluruh Indonesia.

Sambutan tahun ini bertemakan Mengawal Transisi Kepemimpinan Nasional dan Menjaga Keutuhan Bangsa.

Sementara itu Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) turut serta dalam sambutan kali ini.

ISWAMI Malaysia menghantar lebih 20 wartawan dan pengarang berita sempena sambutan Hari Pers Indonesia dan juga sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia baru-baru ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini