comscore
Tumpuan :
Dunia

Persenda ‘nama keluarga Modi’: Rahul Ghandi dihukum penjara dua tahun

FOTO: AP

NEW DELHI: Mahkamah India pada Khamis mensabitkan ketua pembangkang Rahul Gandhi bersalah atas pertuduhan fitnah membabitkan ‘nama keluarga Modi’.

Mahkamah India pada Khamis mendapati ketua pembangkang, Rahul Ghandi bersalah atas tuduhan melakukan jenayah fitnah membabitkan nama baik keluarga Modi.

Pada kempen pilihan raya di Karnataka, selatan negara itu pada 2019, pemimpin parti kongres itu didakwa berkata, dia tertanya-tanya bagaimana ‘semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga’ mereka.

Mahkamah di bandar Surat di negeri Gujarat mendapati Ahli Parlimen itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu, lapor media India.

Aduan terhadap pemimpin pembangkang itu dibuat oleh Purnesh Modi, bekas menteri Gujerat dan Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi dengan mendakwa Rahul memfitnah seluruh keturunan Modi. – BERNAMA

Loading...
Terkini