comscore
Tumpuan :
Dunia

Pertempuran sengit Pejuang Palestin dan tentera Zionis di Tebing Barat

Foto fail Reuters

RAMALLAH: Tentera rejim Israel terus menerus melancarkan serbuan di Tebing Barat awal pagi ini.

Ia diikuti dengan beberapa serbuan di Ramallah, Qalqiya dan Kem Pelarian Balata di Nablus.

Kehadiran kenderaan tentera rejim meningkat sekali ganda kepada 40 kenderaan di lokasi terbabit.

Pertempuran sengit antara tentera rejim dan Pejuang Palestin tercetus di Kem Pelarian Balata dengan penahanan seorang guru wanita dilaporkan di Ramallah.

Ketegangan sejak 7 Oktober lalu juga telah meragut sekurang-kurangnya 355 nyawa termasuk 95 daripadanya adalah kanak-kanak.

Dalam tempoh sama 6,000 penduduk Palestin ditahan tentera rejim dibuat di Tebing Barat – AL JAZEERA

Loading...
Terkini