Tumpuan :
Dunia

Perusuh jarah kedutaan Uganda di Congo

FOTO: Reuters

CONGO: Ketegangan di Republik Congo menyaksikan perusuh menjarah kedutaan Uganda di Kinshasa, salah satu daripada beberapa lokasi delegasi yang diserang pada Selasa semalam.

Reuters dapat mengesahkan lokasi sebagai kedutaan Uganda di Kinshasa berdasarkan bentuk bangunan serta pagar dan halangan yang sepadan dengan imej fail dan satelit kedutaan tersebut.

Para penunjuk perasaan menyasarkan negara-negara Barat dan Afrika yang dituduh bersekongkol dengan Pemberontak M23 yang telah menawan ibu kota wilayah timur, Goma.

Misi milik Perancis, Belgium, Belanda, Amerika Syarikat, Rwanda, Uganda, Kenya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB turut diserang, menurut diplomat Eropah kepada Reuters.

Congo menuduh Rwanda membantu pemberontak M23 dan menghantar tentera untuk menyertai mereka, tetapi Kigali mendakwa bahawa Kinshasa telah menggagalkan usaha damai dan gagal menghentikan militia timur daripada mengancam keselamatannya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini