comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat berpatah balik, kerana kuda mengamuk

Foto hiasan

NEW YORK: Disebabkan seekor kuda mengamuk dan terlepas dalam kargo, sebuah pesawat terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang.

Kejadian berlaku, setengah jam selepas pesawat itu meninggalkan New York dalam perjalanan ke Belgium.

Kru pesawat kargo Boeing 747 itu menghubungi pusat kawalan trafik udara untuk memaklumkan tentang insiden haiwan terlepas itu.

“Kami tiada masalah dari segi penerbangan tetapi kami perlu kembali ke New Yok.

“Ini kerana kuda yang kami bawa terlepas dari tempatnya dan gagal dikawal,” lapor juruterbang pesawat itu dalam rakaman kawalan trafik udara diperolehi Live ATC.

Data FlightRadar24 menunjukkan, pesawat itu naik pada ketinggian 31,000 kaki sebelum terpaksa membuat pusingan U di luar pantai Boston.

Audio menunjukkan, pesawat itu membuang sekitar 20 tan bahan api ke atas Atlantik dalam memastikan pesawat itu tidak melebihi had berat selamat untuk mendarat.

Juruterbang itu kedengaran meminta kawalan trafik udara mendapatkan doktor haiwan hadir apabila penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York.

Pesawat itu akhirnya berjaya mendarat dan diberi bantuan diperlukan. — AGENSI

Loading...
Terkini