comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Pesawat bertembung ketika pertunjukan udara, juruterbang terbunuh

 

LISBON: Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas dua pesawat ringan bertembung di udara ketika pertunjukan udara di selatan Portugal.

“Tentera udara kesal untuk mengumumkan bahawa pada 4.05 petang di Pameran Udara Beja, dua pesawat terbabit dalam kemalangan ketika melakukan demonstrasi udara membabitkan enam pesawat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Juruterbang yang maut adalah warga Sepanyol.

Manakala seorang lagi juruterbang warganegara Portugal cedera ringan dan menerima rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital.

Katanya, enam pesawat itu milik kumpulan aerobatik yang terdiri daripada juruterbang Sepanyol dan Portugal yang dinamakan ‘Yak Stars’

Pesawat terbabit adalah Yakovlev Yak-52 iaitu model latihan aerobatik rekaan Soviet.

Menteri Pertahanan Portugal, Nuno Melo berkata siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca nahas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini