comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas susulan kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas semalam,  susulan kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

Syarikat itu berkata, penerbangan Garuda-1105 ke Madinah, dikendalikan oleh pesawat Boeing 747-400 berpatah balik ke lapangan terbang asal di Makassar pada jam 5.15 petang (Rabu) dengan semua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra berkata, keputusan dibuat juruterbang bertugas sejurus pesawat berlepas memandangkan masalah enjin memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api dikesan pada salah satu enjin.

Sementara itu, semua penumpang telah diarahkan ke tempat penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada hari yang sama. – BERNAMA-VNA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini