comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Narita, Tokyo

TOKYO: Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas pada pagi Selasa beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya, lapor Xinhua.

Insiden itu melibatkan pesawat Polar Air Cargo, Penerbangan 752 menuju ke Los Angeles, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 10 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat itu kemudian berpatah balik dan mendarat di lapangan terbang Narita kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca kebakaran enjin pesawat. — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini