
NEW DELHI: Penerbangan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terpaksa ditangguhkan pada petang Ahad selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal.
Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi, India pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.
Namun, setelah sampai di lapangan terbang, delegasi berkenaan dimaklumkan oleh Angkatan Bersenjata Kanada bahawa pesawat CFC001 mengalami masalah teknikal.
Susulan isu berkenaan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat, rombongan terbabit akan berada di India sehingga langkah alternatif dibuat.
Pejabat Perdana Menteri Kanada juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Trudeau dan delegasi Kanada tiba di New Delhi pada petang Jumaat.