comscore
Tumpuan :
Dunia

Pesawat terhempas, 8 maut

FOTO: AP

MEDELLIN: Sekurang-kurangnya lapan maut setelah sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah pangsapuri di Medellin, Colombia.

Pihak bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang tercetus di kawasan kejiranan Belen Rosales itu.

Menurut Datuk Bandar, Daniel Quintero, kesemua mangsa maut merupakan individu yang berada di dalam pesawat malang itu dan kesemua mayat telah dikenalpasti pasukan forensik.

Tambah Quintero, pesawat itu terputus tiga sebaik ia melanggar enam bangunan dan sekaligus memusnahkan tujuh kediaman.

Pesawat itu yang sepatutnya ke Pizarro terhempas hanya beberapa minit sebaik berlepas dari lapangan terbang Olaya Herrera dan sekaligus mencetuskan kebakaran.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini