MOSCOW: Seorang tukang kebun amatur dari Rusia Alexander Chusov melakar sejarahnya yang tersendiri apabila labu yang ditanam mencapai berat 817 kilogram (kg) menerusi sebuah festival musim luruh di Taman Apotekar, taman botani tertua di Rusia.
Menurut penganjur, pencapaian Chusov melampaui rekod lama yang beratnya 771 kg (1700 pound), menjadikan labunya sebagai labu terbesar yang pernah ditanam di negara tersebut.
“Matlamat utama saya adalah untuk merasai keseronokan dalam menanam dan mempamerkan tanaman walaupun hobi ini memerlukan usaha yang besar, terutamanya ketika musim bunga yang sejuk.
“Anda perlu memanaskan tanah dan udara, menutup tanaman, dan melindunginya daripada fros,” kata Chusov kepada Reuters.
Beliau juga menyebut bahawa labunya bertambah berat sebanyak 20 kg setiap hari pada tahun ini.
Selepas pertandingan, labu-labu raksasa dan pelbagai jenis sayur-sayuran lain dipamerkan untuk tatapan pengunjung.
Seorang pengunjung, guru Lyubov Yesenko, menyatakan betapa dia mengagumi setiap para peserta yang terlibat dalam festival itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.