comscore
Tumpuan :
Dunia

Petr Pavel presiden baharu Republik Czech

Foto: ReutersConnect

PRAGUE: Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Petr Pavel dipilih sebagai Presiden baharu Republik Czech.

Ia selepas menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya pada Sabtu.

Menerusi keputusan akhir dikeluarkan pejabat statistik Czech, Pavel memenangi pilihan raya berkenaan setelah meraih 58.3 peratus undi.

Manakala Babis pula memperoleh 41.7 peratus.

Pavel, 61 tahun, yang juga bekas anggota tentera payung terjun mengucapkan terima kasih kepada pengundinya.

Ujarnya ia jelas menunjukkan rakyat menghormati demokrasi serta prihatin terhadap negara.

Pavel akan menggantikan presiden Milos Zeman yang sebelum ini lantang dan bersengkongkol dengan Moscow.
Namun, Milos membuat pusingan-u ketika Rusia menyerang Ukraine tahun lalu.

Pavel menjadi presiden Czech keempat sejak negara itu merdeka berikutan perpecahan secara aman dengan Slovakia pada 1993.

Loading...
Terkini