comscore
Tumpuan :
Dunia

Pezeshkian angkat sumpah 30 Julai

Presiden Terpilih Iran Masoud Pezeshkian.- Foto: Reuters

TEHRAN: Majlis angkat sumpah Presiden Terpilih Iran Masoud Pezeshkian dijadualkan pada 30 Julai, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pengumuman itu dibuat oleh Mojtaba Yousefi, ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran, pada Rabu.

Selain pegawai kanan Iran, majlis itu akan dihadiri tetamu asing dari pelbagai negara, kata Yousefi kepada IRNA.

Menurut perancangan, majlis itu akan berlangsung selepas Pemimpin Tertinggi secara rasmi meluluskan presiden.

Pezeshkian, 69, telah dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas undian pilihan raya presiden pada 5 Julai dikira.

Pezeshkian yang merupakan pakar bedah jantung, memperoleh 16,384,403 undi manakala lawannya, Jalili, meraih 13,538,179 undi. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini