comscore
Tumpuan :
Dunia

Pihak berkuasa Algeria pindah 260 keluarga 

FOTO: Anadolu

ALGIERS: Pihak berkuasa Algeria memindahkan 260 keluarga untuk mengelak banjir di wilayah barat daya Bechar, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Keluarga itu “dipindahkan dari kawasan berisiko banjir sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahaya banjir,” menurut agensi berita negara Algeria APS.

Sejak Isnin, wilayah Bechar dan wilayah lain dilanda banjir disebabkan hujan lebat.

Kementerian Dalam Negeri merekodkan hujan 120 milimeter di wilayah Bechar dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Tiga orang setakat ini maut akibat banjir di wilayah Bechar dan Tamanrasset, menurut perkhidmatan perlindungan awam Algeria. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini