comscore
Tumpuan :
Dunia

Pihak berkuasa, kredibiliti Majlis Keselamatan PBB terjejas teruk – Guterres

DOHA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan kekesalan dengan kegagalan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menuntut gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Sambil mengecam perpecahan yang “melumpuhkan” badan dunia itu, Guterres menyifatkan bahagian geostrategi UNSC yang lumpuh itu menjejaskan penyelesaian kepada perang Israel-Hamas yang bermula pada 7 Oktober.

“Pihak berkuasa dan kredibiliti badan terbabit terjejas teruk disebabkan tindak balasnya yang tertangguh terhadap konflik, katanya dua hari selepas veto Amerika Syarikat (AS) menghalang gesaan resolusi gencatan senjata Gaza.

“Saya mengulangi rayuan agar gencatan senjata kemanusiaan diisytiharkan,” katanya ketika berucap di Forum Doha Qatar.

Namun katanya, UNSC gagal melakukannya.

“Saya boleh berjanji, saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Guterres sebelum ini mengadakan mesyuarat tergempar UNSC selepas dua bulan pertempuran yang menyebabkan lebih 17,700 orang terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di wilayah itu.

Setiausaha Agung itu menggunakan Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang jarang digunakan untuk membawa kepada perhatian majlis ‘apa-apa perkara yang pada pendapatnya boleh mengancam pengekalan keamanan dan keselamatan antarabangsa’.

“Kita akan berdepan risiko teruk akibat keruntuhan sistem kemanusiaan dan keadaan ini semakin merosot menjadi malapetaka dengan implikasi yang tidak dapat dipulihkan untuk rakyat Palestin secara keseluruhan dan untuk keamanan dan keselamatan di rantau ini,” katanya lagi.

Loading...
Terkini