comscore
Tumpuan :
Dunia

Pihak berkuasa Singapura rampas lebih 3kg dadah

Foto: Reuters

 

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura menahan tiga suspek pesalah dadah dalam operasi baru-baru ini, lapor Xinhua memetik kenyataan biro itu pada Rabu.

Pegawai CNB antara lain merampas 2,602 gram ganja dan 842 gram Ice, dengan nilai jalanan S$470,000 (kira-kira AS$350,000), menurut kenyataan itu.

Menurut CNB, Ice dan ganja yang dirampas itu boleh digunakan oleh 850 penagih dalam tempoh seminggu.

Siasatan ke atas semua suspek masih dijalankan. — BERNAMA-XINHUA

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini