comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya Pakistan dicemari insiden keganasan, 2 maut

FOTO: Reuters

SHANGLA: Pilihan Raya Pakistan dicemari insiden keganasan sehingga meragut dua nyawa penyokong Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf  PTI pimpinan Bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Ketegangan di bandar Shangla, di timur laut negara itu menyaksikan penunjuk perasaan membakar kereta polis.

Polis pula bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata.

Ribuan tentera dikerah berkawal di seluruh negara pada hari mengundi untuk mengawal keadaan.

Dalam pada itu, calon pilihan raya yang berkait dengan Parti PTI mendahului dalam pilihan raya kali ini dengan 99 kerusi dimenangi setakat ini.

Ini diikuti dengan Parti PMLN 71 kerusi manakala Parti PPP 53 kerusi manakala lebih 12 kerusi bagaimanapun masih belum diumumkan.

Sementara itu, seorang lagi bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif yang memimpin Parti PMLN berkata, beliau bercadang untuk menubuhkan kerajaan campuran susulan kedudukan PMLN yang kini berada di belakang parti PTI – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini