comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya Perbandaran Turkiye: Lebih 61 juta penduduk tunai tanggungjawab

FOTO: Reuters

ISTANBUL: Lebih 61 juta orang bakal menunaikan tanggungjawab bagi memilih kepimpinan baharu dalam Pilihan Raya Perbandaran Turkiye hari ini.

Pilihan raya kali ini dilihat tertumpu kepada usaha Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk merampas kembali Istanbul daripada cengkaman pesaingnya, Ekrem Imamoglu.

Pusat mengundi di timur Turkiye mula dibuka pada jam 7 pagi waktu tempatan sementara tempat lain pula hanya dibuka jam 8 pagi waktu tempatan.

Pengundian tamat pada pukul 5 petang dan keputusan awal dijangka diperoleh seawal jam 10 malam waktu tempatan.

Keputusan pilihan raya perbandaran terbabit dijangka mencerminkan landskap sebenar politik ekonomi Turkiye sama ada pentadbiran kerajaan sedia ada perlu dikekalkan atau sudah tiba isyarat tuntutan perubahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini