comscore
Tumpuan :
Dunia

Pilihan Raya Presiden Iran: Proses penamaan calon bermula

TEHRAN: Suruhanjaya Pilihan Raya Iran mula membuka sesi penamaan calon bagi pilihan raya presiden yang akan diadakan bulan depan.

Penamaan calon bagi jawatan berkenaan dibuat susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, pilihan raya presiden kali ini bakal melakar sejarah tersendiri buat negara itu.

Antara yang sudah mendaftarkan nama selaku calon presiden ialah Saeed Jalili, bekas ketua perunding nuklear Iran.

Penamaan calon kali ini dilihat bakal menarik tumpuan bukan sahaja figura politik sedia ada di Iran, bahkan bakal membuka peluang buat individu daripada pelbagai latar belakang untuk tampil menawarkan manifesto mereka tersendiri.

proses terbabit bakal berlangsung selama lima hari.

badan bertanggungjawab terhadap pilihan raya iran kemudiannya akan meneliti kelayakan setiap individu sebelum keputusan akhir penamaan calon presiden iran diumumkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini