comscore
Tumpuan :
Dunia

Pintu pesawat terbuka ketika penerbangan, seorang ditahan.

FOTO : Reuters

DAEGU: Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki kira-kira dua minit sebelum mendarat.

FOTO : Reuters

Sejurus mendarat, penumpang berusia 30-an itu ditahan pihak berkuasa.

Menurut portal tempatan, 12 penumpang dilapor cedera ringan akibat hiperventilasi.

Sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu untuk rawatan lanjut.

FOTO : Reuters

Pesawat berkenaan berlepas dari Pulau Jeju ke Daegu dan ketika pintu kecemasan terbuka, pesawat terbabit dipercayai terbang pada kadar 334 kilometer sejam.

Siasatan lanjut kini giat dijalankan.

Loading...
Terkini