comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Australia memperingati mangsa pada ulang tahun ke-22 pengeboman Bali

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese. – FOTO: Reuters

CANBERRA: Perdana Menteri Australia telah memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam pengeboman Bali pada ulang tahun ke-22 serangan itu, lapor Xinhua.

Anthony Albanese pada Sabtu berkata serangan pengganas di pulau Bali, Indonesia yang mengorbankan 202 orang, termasuk 88 warga Australia dan 38 warga Indonesia telah menghancurkan kegembiraan dan persahabatan tanpa belas kasihan.

“Kami mengenang semua orang – warga Australia, Indonesia dan lain-lain dari seluruh dunia – yang tidak sempat kembali ke rumah. Kami juga mengenang semua yang masih menanggung kehilangan, sama ada emosi mahupun fizikal,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Dua bom diletupkan di pusat pelancongan popular Pantai Kuta kira-kira 11 malam waktu tempatan pada 12 Oktober 2002, manakala satu lagi bom diletupkan berhampiran konsulat AS di Denpasar.

Selain 202 orang maut, lebih 200 yang lain cedera. Ia kekal sebagai kehilangan nyawa warga Australia terbesar dalam serangan pengganas dan kehilangan nyawa terbesar warga Australia sejak Perang Dunia Kedua. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini