comscore
Tumpuan :
Dunia

 PM Belgium cedera dalam kemalangan basikal 

Foto : Reuters

BRUSSELS: Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo dimasukkan ke hospital setelah tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal.

Nahas itu berlaku ketika De Croo,47 tahun menunggang basikal bersama anaknya berhampiran rumahnya di Brussels.

Beliau yang cedera di bahagian kepada telah dibawa ke Hospital Ghent.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar hospital beberapa jam kemudian selepas ujian yang dijalankan oleh doktor mendapati tiada yang serius.

Nahas itu tidak menjejaskan jadualnya untuk minggu akan datang.  – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini