LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer berkata keputusannya untuk mengeluarkan potret pendahulunya Margaret Thatcher dari bilik membaca di kediamannya di Downing Street bukanlah mengenai bekas Perdana Menteri itu sama sekali, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Laporan bahawa Starmer akan mengeluarkan lukisan potret itu daripada bilik membaca peribadinya di Nombor 10 telah menimbulkan pelbagai reaksi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri itu berkata alasan tindakan itu adalah kerana beliau tidak menyukai idea gambar merenungnya semasa dia bekerja.
Beliau memberitahu program terbitan BBC: “Ini sebenarnya bukan mengenai Margaret Thatcher sama sekali. Saya tidak suka imej dan gambar orang yang merenung saya.”
Starmer berkata: “Ini adalah bilik membaca saya, ia adalah tempat peribadi saya di mana saya bekerja. Saya tidak mahu gambar sesiapa pun.”
Potret itu yang dihasilkan atas permintaan Gordon Brown pada 2007, digantung di dalam bilik itu yang kadang-kala dikenali sebagai “Bilik Membaca Thatcher” oleh David Cameron.
Penulis biografi Starmer, Tom Baldwin mendedahkan baru-baru ini potret itu telah dikeluarkan dari bilik itu kerana Perdana Menteri itu mendapati ia meresahkan dan mengundang tindak balas daripada beberapa pengulas pembangkang dan ahli politik.- BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.