comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Pakistan nafi terbabit dalam cubaan bunuh Imran Khan

Foto: AP

ISLAMABAD, Pakistan: Perdana Menteri Shehbaz Sharif menafikan semua tuduhan mengaitkan beliau dengan cubaan membunuh Pemimpin Pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Khan ditembak 3 November lalu ketika mengadakan protes mendesak Sharif meletak jawatan dan gesaan agar Pilihan Raya Umum Pakistan diadakan lebih awal.

Khan dilaporkan menunding jari ke arah Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah dan seorang anggota kanan tentera Pakistan yang dikatakan cuba membunuh beliau.

Foto: Reuters

Tambah Sharif, tiada bukti dapat dikaitkan, beliau serta dua lagi individu terlibat dalam cubaan membunuh pada Khamis lalu.

Katanya lagi, arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Umar Ata Bandial untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Pada masa sama, beliau menuduh Khan telah merosakkan imej negara dengan konspirasi murahan itu.

Khan berundur daripada jawatan Perdana Menteri selepas kecundang dalam undi tidak percaya pada April lalu yang dianggapnya konspirasi kuasa barat dan parti pembangkang untuk menjatuhkan beliau. – AP

Loading...
Terkini