comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Palestin umum peletakan jawatan kerajaan

Shtayyeh (tengah) pada mesyuarat Kabinet di Ramallah, Tebing Barat, hari ini. – FOTO REUTERS

RAMALLAH (WILAYAH PALESTIN): Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, mengumumkan peletakan jawatan kerajaannya yang memerintah sebahagian daripada Tebing Barat yang diduduki.

“Saya telah mengemukakan peletakan jawatan kerajaan kepada Tuan Presiden (Mahmoud Abbas),” kata Shtayyeh, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan ‘perkembangan berkaitan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dan peningkatan konflik di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.’

Shtayyeh sekali gus menekankan perlunya ‘langkah politik dan kerajaan yang baharu’, ketika Semenanjung Gaza terus dicengkam peperangan yang berlarutan sejak Oktober tahun lalu.

“Peringkat seterusnya dan cabarannya memerlukan langkah kerajaan serta politik baharu yang mengambil kira realiti baharu di Semenanjung Gaza,” katanya sambil menggesa untuk konsensus antara Palestin dan ‘pelanjutan pemerintahan Pihak Berkuasa (Palestin) ke atas seluruh bumi Palestin.’ – Agensi

Loading...
Terkini