comscore
Tumpuan :
Dunia

PM sementara Haiti, Ariel Henry letak jawatan di tengah-tengah krisis

Perdana Menteri sementara Haiti, Ariel Henry. – FOTO: Reuters

MEXICO CITY: Ariel Henry, Perdana Menteri sementara Haiti yang dilanda krisis telah bersetuju untuk meletakkan jawatan, menurut Komuniti Caribbean (CARICOM), lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Majlis presiden tujuh anggota akan dibentuk untuk peralihan pilihan raya di Haiti, yang akan melantik perdana menteri sementara yang baharu, kata Presiden Guyana Mohamed Irfaan Ali pada lewat Isnin selepas mesyuarat perdana menteri negara-negara Caribbean di Jamaica.

Kumpulan penjenayah yang mengawal sebahagian besar Haiti menuntut peletakan jawatan Henry yang kini terkandas di luar negara berikutan krisis di negara itu. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini