comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Singapura serah surat lepas jawatan

Foto: Reuters

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam, memaklumkan beliau dan kerajaannya akan melepaskan tampuk kepimpinan pada Rabu.

Dalam surat itu, Lee menasihati presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya.

Tharman menerima peletakan jawatan Lee dan berkata beliau akan melantik Wong sebagai perdana menteri dan mengundangnya membentuk kerajaan baharu.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan menggalas jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan baharu, umum Wong pada satu sidang media.

Gan akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan dan menggantikan Wong sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan republik itu.

Menurut Wong yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan, Lee dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam Kabinet baharu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini